SEJARAH PENUBUHAN

Kolej Komuniti adalah sebuah daripada institusi pendidikan awam yang terletak di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi. Diluluskan penubuhannya dalam mesyuarat kabinet pada 5 Julai 2000 dan digabungkan dengan Jabatan Pengajian Politeknik sebagai Sektor Pengajian Kolej Komuniti. Pada 15 September 2009, Sektor Pengajian Kolej Komuniti telah dipisahkan daripada Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti dan menjadi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Di awal penubuhannya, Kolej Komuniti telah menawarkan sebanyak 23 kursus kemahiran di 42 kampus induk dan 21 kampus cawangan di seluruh negara. Sejak penubuhannya, Kolej Komuniti telah mengeluarkan seramai 25,767 pelajar sepenuh masa dan 361,349 pelajar separuh masa dari pelbagai bidang kemahiran.

Kolej Komuniti Jempol adalah telah mula beroperasi di Bahau, Negeri Sembilan sejak tahun 2002 lagi. Kolej ini menawarkan Program Teknologi Elektrik, Sijil Teknologi Senibina dan Sijil Servis Kenderaan Ringan.

Sasaran penubuhan Kolej Komuniti Jempol ini, maka bertambahlah institusi yang bertanggungjawab mendidik pelajar-pelajar lepasan menengah yang mempunyai minat dalam bidang yang berasaskan kemahiran. Selain daripada melatih pelajar-pelajar lepasan SPM, Kolej Komuniti juga memberi peluang kepada penduduk setempat untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam bidang berasaskan kemahiran dan ilmu terkini.

Kolej Komuniti Jempol ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih rmaai golonga pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.