LAMAN WEB RASMI KOLEJ KOMUNITI JEMPOL

  • Pengambilan Pelajar
  • Syarat Kemasukan
  • Countdown ISO
  • ISO
  • Visi
  • Teras Strategik

Kursus Doa-Doa Amalan Dalam Pengurusan Keluarga

✅ 05.01.2024 - (JUMAAT).
✅ Tempat - Pusat Masakan KEMAS, Paroi Jaya, Seremban.
✅ Peserta - Jemaah Muslimat Setempat.
✅ Penceramah - Ustazah Normarlina Binti Mohamad Lutpi.
✅ Penyelaras - Ustazah Nur Amalina Binti Rumli.
✅ Urusetia - Ustaz Muhammad Arif Bin Abdullah.
✅ Alhamdulillah telah selesai Kursus Doa-Doa Amalan Dalam Pengurusan Keluarga. Di akhir kursus, bacaan yasin dan doa selamat telah dibuat agar Allah memberikan permulaan yang baik bagi tahun 2024. Para peserta telah berjaya mempelajari dan memahami aspek keagamaan serta kerohanian untuk diaplikasi di dalam kehidupan seharian mereka. Para peserta juga dapat merungkai permasalahan yang dialami melalui sesi soal jawab. 

Hari Portfolio Dan Majlis Apresiasi Pelajar Sijil Teknologi Senibina (STS)

✅ 05.01.2024 - (JUMAAT).
✅ Tempat - Galeria STS KK Jempol
✅ Panel Penilai -
Arkitek Muhammad Rizal Bin Ujang, Zamryz Architect, Arkitek Mohd Foudzi Bin Md Nor, Arkitek Intan Norshahrah Binti Ibrahim, Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur.
✅ Keterangan -
Lawatan Panel Penilai bagi program Hari Portfolio dan Majlis Apresiasi Pelajar STS KKJNS telah dilaksanakan dengan jayanya pada 5 Januari 2024.
✅ Program ini diadakan bagi mendapatkan maklumbalas dari pihak industri berkaitan hasil kerja para pelajar STS pada sesi kali ini.
Selain itu, program ini juga memberi input profesional dari barisan arkitek kepada para pelajar sebagai persediaan melangkah kaki ke latihan industri terutama bagi pelajar semester akhir.
Syabas dan tahniah diucapkan! 

Selamat Bersara Timbalan Pengarah Akademik

✅ 29.12.2023 - (JUMAAT).
✅ Sekitar suasana sesi clock-out, Puan Hajah Noor Aziah Binti Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Akademik yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada hari ini.
✅ Terima kasih atas segala jasa dan budi yang telah disemai sepanjang berkhidmat di Kolej Komuniti Jempol.
Selamat bersara, Puan.

Hebahan

Sesi Ambilan Pelajar Baharu Sesi II 2023/2024 telah dibuka! Hubungi Pegawai Pengambilan kami Encik Azizol bin Duralim di talian 019-3565010.

Ke Atas